
Paqueta meraikan gol pembukaan West Ham semasa melayan kunjungan Olympiakos dalam aksi kumpulan A Liga Europa di Stadium London. – Foto AFP
JARINGAN pemain West Ham United, Lucas Paqueta membolehkan The Hammers melebarkan rentak kemenangan Liga Europa selepas menang ke atas Olympiakos Piraeus, 1-0 pada Jumaat.
Gol minit ke-73 separuh masa kedua diledakkan pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun di Stadium London tersebut juga mengekalkan kedudukan teratas Hammers dalam Kumpulan A.
Sebagai rekod, West Ham kendalian David Moyes sebelum ini tewas 1-2 kepada kelab gergasi Greece dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Karaiskakis pada 27 Oktober lalu
Tiga mata diraih di London itu meletakkan Hammers menerajui kumpulan – sembilan mata sama dengan Freiburg di tempat kedua, yang menumpaskan pasukan tercorot Backa Topola 5-0.



