“WhatsApp Tak Berfungsi, Semoga Allah Lindungi Mereka”

“WhatsApp Tak Berfungsi, Semoga Allah Lindungi Mereka”

Perkongsian pelakon Nadzmi Adhwa menjadi perhatian apabila berkongsikan mengenai keadaan terkini isterinya, Ardell Aryana yang kini menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Menerusi hantaran di Threads, Nadzmi memuat naik mesej perkembangan terkini Ardell dimana individu tersebut memaklumkan isterinya sudah tidak boleh dihubungi melalui WhatsApp.

BACA: Drone Makin Banyak, Ardell Minta Nadzmi Adhwa Bertenang

“Assalammualaikum Adhwa, nak inform yang WhatsApp Kak Ardel tak function. Tak boleh guna. Boleh berhubung melalui signal,” tulis mesej perbualan itu.

Nadzmi memaklumkan dia menerima perkembangan tersebut pagi tadi serta berharap agar isterinya serta peserta yang menyertai misi kemanusiaan tersebut dilindungi oleh Allah.


Scroll to Top