WHO beri amaran sisa berkaitan pandemik mengancam manusia, alam sekitar

WHO beri amaran sisa berkaitan pandemik mengancam manusia, alam sekitar

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran sejumlah besar sisa yang dihasilkan berkaitan dengan pandemik COVID-19 boleh mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar.

Menurut WHO dalam satu laporan, dianggarkan puluhan ribu tan sisa perubatan tambahan umpama menghimpit sistem pengurusan sisa penjagaan kesihatan.

“Sisa tambahan itu mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar serta mendedahkan keperluan yang amat penting untuk menambahbaik amalan pengurusan sisa,” kata organisasi itu.

Ketika dunia berebut untuk mendapatkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk menangani krisis, WHO berkata, perhatian kurang diberikan untuk aspek pelupusan sisa penjagaan kesihatan COVID-19 dengan selamat dan mampan.

Menurut laporan itu, 1.5 bilion unit bersamaan 87,000 tan PPE yang diperoleh antara Mac 2020 dan November 2021 dihantar ke negara tertentu melalui sistem Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah sebahagian kecil daripada jumlah global.

WHO berkata, kebanyakan ‘nasib’ peralatan itu akan berakhir sebagai sisa buangan.

“Adalah sangat penting untuk membekalkan PPE yang betul kepada petugas kesihatan. Tetapi juga penting untuk memastikan ia boleh digunakan dengan selamat tanpa menjejaskan alam sekeliling,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

Malah, lebih 140 juta kit ujian yang diagihkan berpotensi menjana 2,600 tan merangkumi kebanyakannya plastik, sisa bukan berjangkit dan 731,000 liter sisa kimia.

Dianggarkan kira-kira 97 peratus sisa plastik ujian dibakar, dedah laporan itu.

Sebanyak lapan bilion dos vaksin pertama yang diagihkan ke seluruh dunia menghasilkan 144,000 tan sisa tambahan merangkumi picagari, jarum dan kotak keselamatan.

WHO tidak mengesyorkan pengguna sarung tangan untuk menyuntik vaksin tetapi laporan menyatakan ia terkandung sebagai kelaziman amalan.

Laporan setebal 71 muka surat itu turut memberi amaran mengenai perkhidmatan pengurusan selamat bagi sisa penjagaan kesihatan yang masih kurang, sebelum pandemik menambahkan lagi tekanan.

Mengikut data terkini dari 2019 mencadangkan satu daripada tiga fasiliti penjagaan kesihatan global tidak menguruskan sisa penjagaan kesihatan dengan selamat dan di 46 negara kurang membangunkan, lebih dua dari tiga fasiliti tidak memiliki perkhidmatan pengurusan sisa penjagaan kesihatan asas.

“Ini berpotensi mendedahkan petugas kesihatan kepada kecederaan akibat tertusuk jarum, melecur dan mikroorganisma patogenik, disamping memberi kesan kepada komuniti yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah serta tapak pelupusan sisa tercemar udara akibat pembakaran sisa, kualiti air teruk atau perosak pembawa penyakit,” kata WHO. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top