WHO tak sokong pasport vaksinasi akibat keraguan

WHO tak sokong pasport vaksinasi akibat keraguan
Pas digital digunakan untuk membuktikan vaksinasi atau ujian negatif Covid-19. (Gambar AP)

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menyokong keperluan pasport vaksinasi untuk perjalanan akibat ketidaktentuan sama ada inokulasi dapat menghalang penularan virus itu serta kebimbangan berhubung isu kesaksamaan, kata seorang jurucakap pada Selasa.

“Kami di peringkat ini tidak mahu melihat pasport vaksinasi sebagai dijadikan masuk atau keluar kerana kami tidak pasti ketika ini yang vaksin dapat menghalang penularan virus itu,” kata jurucakap WHO, Margaret Harris.

“Terdapat persoalan lain, selain soal diskriminasi terhadap individu yang tidak mendapat vaksin atas alasan lain,” katanya dalam taklimat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Harris berkata, WHO kini berharap dapat mengkaji vaksin China, Sinopharm dan Sinovac untuk penyenaraian penggunaan kecemasan sekitar akhir bulan ini.

“Ini tidak berlaku secepat yang kami harapan kerana kami memerlukan lebih banyak data,” katanya yang enggan memberikan lebih banyak butiran atas alasan kerahsiaan.

Bulan lalu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus merayu negara mempunyai akses kepada bekalan vaksin supaya segera menyumbang 10 juta dos kepada kemudahan Covax yang dikendalikannya dengan pakatan vaksin Gavi.

Sekatan eksport oleh India menyebabkan program perkongsian vaksin kekurangan bekalan vaksin AstraZeneca yang dihasilkan Institut Serum India.

Harris berkata, beliau tiada maklumat terkini mengenai negara mana yang tampil membantu.

“Kami sedang berusaha mendapatkan lebih banyak vaksin.”

Scroll to Top