Pelakon Shukri Yahaya menjadi perhatian apabila hangat diperkatakan mengenai hantaran memaparkan dia bergambar bersama beberapa individu lain.
Menerusi gambar yang dikongsikan semula oleh satu akaun di Threads, Shukri dilihat membuat isyarat jari tengah sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
BACA: “Sharnaaz Muka Saja Garang, Tapi Sebenarnya Dia ‘Sweet’” – Shukri Yahaya

Hantaran tersebut turut mengecam tindakan Shukri itu apatah lagi tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang suami dan bapa.
Menurut hantaran itu lagi, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan memandangkan Shukri adalah ndividu dikenali ramai itu kerana bimbang menjadi ikutan anak muda.

