“Wildan Syurga Maut Di Ulang Tahun Kedua” – Pengurus Jenazah Kongsi Kisah Sayu Di Sebalik Tragedi 5 Beranak Di Pahang

“Wildan Syurga Maut Di Ulang Tahun Kedua” – Pengurus Jenazah Kongsi Kisah Sayu Di Sebalik Tragedi 5 Beranak Di Pahang

Trending

Tragedi 5 beranak di Pahang, kanak-kanak maut pada ulang tahun kedua. Pengurusan jenazah kongsi kisah sayu kejadian.


Pengurus jenazah dan ambulans percuma, Afiz Ayub menerusi satu hantaran di Facebook berkongsi kisah sayu di sebalik pemergian 5 beranak secara tragis di Kuantan Pahang.

Beliau menceritakan detik menguruskan jenazah suspek serta suasana pilu ahli keluarga yang hadir.

Pengurusan jenazah dedah suasana di bilik mayat

Menurut perkongsian tersebut, beliau dan pasukannya menguruskan mandi serta kafan jenazah lelaki yang merupakan suspek utama dalam tragedi berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai versi cerita tersebar, namun beliau memilih untuk berpandukan punca kematian daripada laporan postmortem serta cerita sahih daripada pihak waris.

Difahamkan, keluarga tersebut tidak mempunyai masalah kewangan serius. Malah suspek dikatakan baru sahaja menjelaskan hutang PTPTN dan disifatkan jiran sebagai seorang yang baik.

Sebelum kejadian, suspek yang berusia 32 tahun dan baru pulang ke Pahang selepas bekerja di Selangor dilaporkan mengalami kemalangan kecil ketika menunggang motosikal.

Berlaku perbalahan sebelum insiden

Kongsinya lagi, pada subuh hari kejadian, berlaku perbalahan antara suspek dan isterinya yang berusia 33 tahun.

Jenazah

Keadaan dipercayai menjadi tidak terkawal sehingga membawa kepada insiden yang mengorbankan lima nyawa termasuk ibu suspek berusia 56 tahun dan dua anak kecil mereka.

Seorang lagi ahli keluarga sempat keluar mendapatkan bantuan, namun sekitar jam 7 pagi, kelima-lima mangsa ditemui sudah tidak bernyawa.

Difahamkan tiada campur tangan pihak ketiga dan siasatan dibuat berdasarkan laporan rasmi. Kesemua jenazah kemudian dihantar untuk pengebumian di Cherating sekitar jam 6.30 petang dan dikebumikan secara berasingan.

Pssttt! Tiada kata mampu menggambarkan kesedihan tragedi ini, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak kecil yang tidak berdosa. Semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan menjadi peringatan agar setiap tekanan hidup ditangani dengan bantuan dan sokongan sewajarnya, bukan dengan tindakan yang merosakkan.

Kredit: Facebook Afiz Ayub
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top