Wimbledon 2025: Hadiah wang tunai cecah £53.5 juta, tertinggi dalam sejarah

Wimbledon 2025: Hadiah wang tunai cecah £53.5 juta, tertinggi dalam sejarah

London: Kejohanan Wimbledon tahun ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak £53.5 juta (RM324 juta), meningkat tujuh peratus berbanding tahun lalu dan dua kali ganda lebih tinggi berbanding sedekad lalu, umum All England Lawn Tennis Club (AELTC) hari ini.

Bagi kategori perseorangan, juara lelaki dan wanita masing-masing akan membawa pulang £3 juta (RM18.1 juta), meningkat 11.1 peratus berbanding yang diterima Carlos Alcaraz dan Barbora Krejcikova pada edisi 2024.

Malah, pemain perseorangan yang tersingkir seawal pusingan pertama juga akan menerima ganjaran lumayan sebanyak £66,000 (RM400,000), naik 10 peratus berbanding tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top