“Woi Dah La Tu. Diamlah!” – Salina Saibi Minta Fazura Henti Buat Perkongsian | Oh! Media

“Woi Dah La Tu. Diamlah!” – Salina Saibi Minta Fazura Henti Buat Perkongsian | Oh! Media

Kes penceraian selebriti sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin telah menjadi bualan warga maya sejak dua hari ini. Bukan sahaja netizen, malah ramai juga rakan artis yang turut mengambil tahu tentang kisah mereka.

Baru-baru ini, pelakon Salina Saibi telah memberi komen di video pendedahan Nur Fazura tentang punca-punca dia dan bekas suaminya, Fattah Amin bercerai.

Dalam komen tersebut, Salina Saibi meminta supaya Nur Fazura untuk berdiam diri daripada membuat perkongsian.

Woi dahla tu. Diamlah!

Komen tersebut telah mendapat perhatian warga maya, rata-rata daripada mereka bersetuju dan meminta Fazura untuk berhenti memburukkan Fattah selepas bercerai.


Scroll to Top