Meskipun dunia hiburan hari ini penuh dengan lambakan wajah-wajah dan bakat baru, namun pelakon popular, Datuk Remy Ishak menegaskan, untuk kekal relevan dalam industri, anak seni seharusnya memberikan fokus terhadap diri sendiri berbanding orang lain.
Menurut pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada anugerah Malaysia Filem Festival ini, rahsia utama untuk terus bertahan dalam industri bukan terletak pada saingan atau populariti, sebaliknya pada keyakinan diri dan keikhlasan dalam bekerja.
“Datuk Rosyam Nor pernah cakap dengan saya ”Kau kalau jadi hero lima tahun dah habis lah’… itu apa yang dia cakap. Tapi saya kalau boleh saya tak nak dengar sebab itu adalah law of attraction. Kalau awak fikir dia akan jadi.
“Kalau anda set lima tahun jadilah lima tahu, kalau 10 tahun adalah 10 tahun. So, the best thing adalah, jangan fikir pasal orang lain. Kalau start kita fikir pasal orang kita akan jadi insecure. Jadi, baik tak payah sebab nanti siapa yang kaan fikir pasal diri saya.
“Saya tolak tepi yang lain, sampai saya tak tahu ada muka-muka baru dalam industri. Tapi itulah, macam saya cakap tadi, saya tak ada masa untuk fikir pasal mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata, selain mengekalkan fokus dan keyakinan diri, seseorang juga perlu menghindari sikap berburuk sangka terhadap kejayaan orang lain.
“Alhamdulillah, saya dikaburkan dengan skrip-skrip yang bagus jadi saya boleh fokus dengan kerjaya saya. Jadi saya tak ada masa nak fikir pasal orang dan fokus pada apa yang patut saya lakukan sahaja.
“Kalau anda sibuk fikir pasal orang dan tengok orang punya kehidupan dekat sosial media kan tak best tu. Hati anda dah tak jadi sincere. Dah ada titik hitam dan itu boleh menyekat perjalanan rezeki awak.
“Jadi, apa yang boleh saya simpulkan adalah jangan fokus pada hal orang lain, tapi fokus on yourself,” jelasnya.
Sekadar info, fasa undian bagi kempen pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2025 kini semakin ke penghujungnya.
Jadi siapakah bakal tersenarai dalam TOP 5 seterusnya ke peringkat finale #xtraxstar2025 yang akan berlangsung pada 31 Oktober nanti. Nantikan debarannya!
Pastikan anda ikuti perkembangan terkini di portal xtra.com.my serta semua platform media sosial rasmi supaya tidak terlepas sebarang maklumat penting.
Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents.
Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.
Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar2025 atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.




