Oh! Artis
Uqasha kecewa difitnah mengandung anak orang lain susulan konflik rumahtangga yang sedang dihadapi.
Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi berdepan fitnah apabila dia mendakwa dirinya dituduh mengandung anak orang lain.
Perkongsian di Instagram Story itu menunjukkan betapa kecewa dan terlukanya hati Uqasha apabila maruah dirinya serta anak turut menjadi sasaran.
“Kalau nak jantan lain tak ada lah sanggup bertahan”
Difahamkan dakwaan itu muncul ketika dia sedang bergelut dengan kemelut rumah tangga yang menjadi perhatian ramai.
Dalam perkongsian sama, Uqasha menafikan dakwaan liar netizen yang mendakwa dirinya ada lelaki lain menyebabkan dia mahu berpisah dengan Kamal Adli.

Luahan itu menunjukkan Uqasha berasa penat mempertahankan diri daripada tuduhan yang tidak berasas.
Lebih memilukan, Uqasha menyatakan dirinya difitnah ketika sedang melalui hari mulia bagi umat Islam.
Ya Allah pada malam 1 Rejab ni, aku difitnah sebegini teruk. Ya Allah kerana dia, aku dengan anak jadi begini teruk. Ya Allah kecewanya.
Dia turut meluahkan rasa sedih isu konflik rumahtangga menyebabkan dirinya dan anak difitnah dengan teruk.
Pssttt! Fitnah yang menyentuh soal anak dan maruah wanita bukan perkara kecil. Apa yang berlaku pada Uqasha menggambarkan betapa kejamnya tekanan media sosial. Semoga Uqasha diberi ruang untuk pulih dan semoga apa yang benar akhirnya terbukti.
Kredit: Instagram Uqasha Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



