Pempengaruh sensasi, Siti Jamumall mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia dan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah, pernah berpisah seketika sebelum kembali rujuk pada hari yang sama.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin tampil memberi penjelasan selepas tular dakwaan mereka dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.
“Betul, kami dah bercerai dan rujuk semula pada 6 Mei, selepas pengesahan cerai dibuat. Sekarang saya sedang hamil lima bulan dan sangat teruja menanti kelahiran cahaya mata kami.” jelasnya yang pernah mengalami keguguran tahun lalu.
Lebih mengejutkan, Siti turut berkongsi kisah disebalik kejadian dirinya berjalan kaki sejauh 15 kilometer (km) dari Shah Alam ke Setia Alam selepas bergaduh dengan suami.
“Masa tu kami bergaduh, ada konflik sedikit… mungkin emosi saya tak stabil sebab tengah mengandung. Saya nekad jalan kaki sejauh 15 km. Suami dan keluarga cari saya, tapi tak jumpa,” katanya lagi.
Untuk rekod, Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 sebelum berpisah tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5 tahun dan Putra Aiman Zafran 3 tahun.
Pada Jun tahun lalu, Siti sekali lagi melangkah ke alam perkahwinan bersama lelaki dikenali sebagai Aiman Tak Kisah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Satun, Thailand.
Namun, rumah tangganya kini didakwa sedang berdepan masalah apabila Siti beberapa kali memuat naik video dengan bayangan seolah-olah dirinya kini kembali bergelar bujang sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.
@sitijamumall Siti dan Aiman dah rujuk kembali. selepas pengesahan cerai berlaku kami dah rujuk semula. now i tgh pregnant 5 bulan. tak sabar menanti bayi pelangi lahir 🥰 i minta maaf tau abiy salah silap i @AIMAN TAK KESAH moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat 🩷 mungkin ni proses pengenalan kita. Ujian hidup masing2 kan ☺️ i hope all clear. no more spekulasi. i ni mungkin kadang2 terbawak2 emosi sebb tengah pregnant dan tak boleh hadap tekanan nnti kena depression. i ni perempuan bukan nak apa pun. nak attention dari abiy je. tengah pregnant ni emosi tk menentu. duit ke apa tu semua no 2. i boleh terima sikit ke banyak ke yang penting u dah jalan tanggungjawab u. we learn together to fix this. apa dh jadi kt benda lepas biar la berlalu. kita buka buku baru je. i redho ngn apa yg jadi. btw mengidam abiy nak pancake tu nnti i usahakan okay! settle byr LHDN syarikat kita gi thailand sama2 tau 😍 orang ckp kalau lelaki yg dpt mengidam n emosi mcm perempuan time bini mengandung ni tanda dia syg isteri lebih? yeke ? haha 😆 okay dh la bye. cukup la kat sini. mls nak sweet2 nnti orang benci 😅




