Oh! Artis
Rebecca Nur Al Islam kongsi dirinya kini selesai eddah dan dalam perjalanan ke Tanah Suci.
Pelakon popular, Rebecca Nur Al Islam mencuri perhatian ramai selepas berkongsi perkembangan terbarunya di media sosial.
Menerusi satu perkongsian, Rebecca memaklumkan bahawa dirinya kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Suci dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.
Rebecca mohon maaf tak sempat balas mesej
Lebih menyentuh hati, Rebecca turut mengesahkan bahawa dirinya kini sudah selesai melalui tempoh iddah, sekali gus membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Dalam luahannya, Rebecca memberitahu menerima lebih 1000 mesej WhatsApp dan DM sejak kebelakangan ini, namun tidak sempat untuk membalas semuanya.
Terima kasih mengambil berat tentang saya, Insyallah saya ok, keep doa untuk saya.
Katanya lagi, dia tidak dapat menjawab semua soalan daripada orang ramai kerana memerlukan ruang untuk dirinya sendiri.
“Ya, saya dah habis iddah”

Rebecca mengakui tempoh iddahnya telah pun selesai dan berharap orang ramai dapat terus menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya.
Semoga Allah SWT sentiasa membalas segala kebaikan doa yang anda kirimkan. Ameen.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang mendoakan agar Rebecca terus kuat dan tabah, selain dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan selepas ini.
Pssttt! Setiap ujian datang dengan hikmah. Semoga perjalanan Rebecca kali ini menjadi titik permulaan baharu yang lebih tenang dan diberkati.
Kredit: Instagram Rebecca Nur Al Islam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.