Penyanyi Farahdhiya meluahkan rasa simpati susulan insiden menimpa kanak-kanak berusia dua tahun yang diserang anjing liar.
Menerusi perkongsian di Threads, Farahdhiya turut mendoakan agar kanak-kanak itu diberikan kesembuhan.
BACA: “Saya Terkejut, Malu Tengok Adegan Tersebut” – Farahdhiya

Sementara itu, Farahdhiya mengakui sejak dari dulu dia takut dengan anjing liar serta sanggup berpatah balik sekiranya terserempak dengan haiwan berkenaan.
“Terbaca kisah budak berumur dua tahun diserang anjing liar. Semoga diberi kesembuhan dan sihat seperti dulu, sayang.
“Saya dari dulu sangat takut dengan anjing dan monyet. Kalau pergi jogging atau tengah jalan ternampak dari jauh, memang akan patah balik.
“Saya tak percaya dengan anjing atau monyet. Cakap apa sekali pun, saya takkan lalu tepi mereka. Tak kira apa, mereka tetap haiwan liar,” tulisnya.
Sementara itu, Farahdhiya turut berharap tindakan segera dapat diambil terhadap anjing liar agar tidak berlaku lagi kejadian sedemikian.
“Yang bertuan pun boleh menggila, apatah lagi yang liar. Yang berkenaan, tolong tangkap anjing-anjing liar terutamanya yang berada di kawasan perumahan. Cukup-cukuplah kejadian macam ini,” tulisnya.
