“Yang Datang Tu, Ya Allah…” – Rela Bujang Sampai Tua, Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Soal Jodoh

“Yang Datang Tu, Ya Allah…” – Rela Bujang Sampai Tua, Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Soal Jodoh

Pelakon, Fathia Latiff seolah-olah sudah reda sekiranya dia tidak berkahwin.

Menerusi platform Threads, Fathia atau pemilik nama sebenar, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata demikian yang memberi bayangan lelaki-lelaki yang cuba mendekatinya itu tidak berperwatakan baik.

“Bukan tak nak kahwin, yang datang tu Ya Allah, bujang sampai tua pon takpa.. tiber!,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan kenyataan aktres drama popular Ariana Rose itu.

Ada juga dalam kalangan netizen yang menitipkan pesanan kepada Fathia untuk tidak putus harapan dan terus berdoa agar bertemu dengan jodoh terbaik.

Februari lalu, Fathia mendedahkan impiannya untuk mendirikan rumah tangga terhenti di tengah jalan selepas hubungan cintanya dengan seorang jejaka berakhir.

Fathia turut mengakui persiapannya untuk bergelar isteri ketika itu sudah mencapai 20 peratus, namun jodoh tidak berpihak kepadanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hubungan Putus Di Tengah Jalan, Fathia Latiff Reda Tak Jadi Kahwin – “Persiapan Dah 20 Peratus…”

Scroll to Top