Kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mendedahkan adiknya itu pernah meminta nasihatnya mengenai rumah tangga baru-baru ini.
Menerusi laporan Gempak, Shikin berkata, dia telah menasihati Emma supaya terus menjaga hubungan dengan bekas suaminya demi anak-anak.
Emma Maembong Dan Shikin Maembong

Dia juga berpesan agar Emma tidak menceritakan hal rumah tangganya kepada orang lain kerana bimbang masalah tersebut menjadi semakin besar.
Bila apa-apa berlaku di rumah tangga dia tidak membuka aib suami, salah faham atau masalah kita yang akan kawal perkara itu.
Kalau luah dekat orang lain, mereka tiada di situasi itu, jadi ia akan merebakkan masalah tersebut
Sebagai kakak saya ada nasihat dan saya juga tetap mendoakan yang terbaik.
Yang mana buat di gembira kami sokong sahaja.
Yang penting hubungan dia dan bekas suami baik, kalau rasa tiada jodoh tidak mengpa tetapi hubungan harmoni itu masih dikekalkan kerana masih ada anak jadi untuk mengelakkan perkara lain.
Shikin turut berkongsi bahawa dia dan bekas suaminya, Cat Farish juga mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas pasangan masing-masing.
Kami memang mengekalkan tidak bermusuh dengan sesiapa sebab ada anak.
Contohnya macam saya dan Cat masing-masing ada bekas suami dan isteri jadi semuanya masih kekalkan hubungan yang baik.
Untuk makluman, terdahulu Emma telah mendedahkan dia telah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazali Azhar.
#OhMediaNasihat
Kita sebagai manusia hanya mampu mendoakan yang terbaik. Harapnya Emma dan suami dapat terus kekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka. Cari lah keluarga atau orang terdekat jika ingin meluahkan perasaan.
