“Yang Penting Saya Tak Kayu” – Faye Kusairi Promosi Diri Untuk Dapat Tawaran Berlakon
Pelakon Faye Kusairi dilihat memuat naik hantaran mempromosikan di media sosial Threads untuk mendapatkan tawaran berlakon dalam naskhah berkualiti.
Menerusi hantaran di Threads, Faye berkat dia seorang yang menepati masa dan tidak pernah lewat ke set penggambaran serta komited dengan kerja.
BACA: Faye Kusairi Sedih Kereta Rosak Dihempap Bumbung Balkoni Kondominium

Menurut Faye lagi, dia mengakui kelemahannya tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial serta tidak popular. Dalam pada itu, Faye turut berseloroh mengatakan dia tidak ‘kayu’ dalam lakonan.
“Selagi aku tak merajuk, tolonglah hire aku untuk watak dan naskhah yang baik. Saya tak pernah lambat, sentiasa tepati masa. Saya sentiasa bersedia mengikut skrip dan keperluan watak.
“Dan saya sememangnya tidak pernah menuntut. Satu-satunya kelemahan saya ialah saya tidak popular atau terkenal dengan pengikut yang sangat ramai. Yang saya tahu ia membuatkan saya tidak relevan pada masa kini. Yang penting, I tahu I tak kayu,” katanya.
Perkongsian Faye itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berharap Faye mendapat tawaran berlakon serta mengagumi lakonannya yang menjadi apabila membawakan watak antagonis.




