Oh! Artis
Tular video Yazmin Aziz cium bibir kekasih di pentas akhir Mister International Philippines.
Penyanyi dan pempengaruh terkenal, Yazmin Aziz sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila aksinya mencium bibir kekasih, Simon Joseph Javier, tular di media sosial.
Kejadian tu berlaku semasa pentas akhir Mister International Philippines 2025 yang berlangsung di Manila, hujung minggu lalu.
Momen tersebut dikatakan berlaku secara spontan apabila Yazmin yang berusia 23 tahun terlalu teruja melihat kejayaan teman lelakinya yang merupakan wakil Filipina dalam pertandingan tersebut.
Yazmin Aziz dikecam kerana bertentangan dengan budaya dan agama…
Disebabkan itu, netizen mula mempertikaikan tindakan Yazmin yang dianggap tidak sesuai dengan budaya Melayu serta ajaran agama. Lebih-lebih lagi bila dilakukan secara terbuka dan di hadapan khalayak ramai, ia bagaikan ‘mengundang’ kecaman.
Korang ada budaya, ada agama. Jaga maruah diri.- Antara komen panas yang membanjiri media sosial.
Netizen juga ibarat ‘machine gun’, menembak kritikan satu demi satu tanpa henti.
Ada juga yang pertahan dan anggap Yazmin Aziz sweet…
Walaupun dikecam hebat, ada juga segelintir netizen yang tampil mempertahankan Yazmin. Bagi mereka, aksi tu hanya satu bentuk ekspresi kasih sayang antara pasangan dan tak keterlaluan pun.
Mungkin dia terlalu gembira, biasalah orang muda.- Ujar seorang pengguna TikTok.
Apa yang menarik, video ciuman tersebut dilihat telah pun dipadam dari TikTok. Yazmin mungkin dah sedar akan kesilapannya dan sedang cuba untuk betulkan keadaan.
Sama ada dipadam sebab sedar atau hanya nak elak terus dikecam, hanya Yazmin saja yang tahu.
Pssttt! Ohmedia rasa apa yang berlaku ni jadi peringatan untuk korang supaya fikir dulu sebelum bertindak, lebih-lebih lagi bila berada di depan kamera atau khalayak. Emosi dan kasih sayang tu memang indah, tapi jangan sampai orang lain jadikan alasan untuk kecam kita. Maruah diri dan budaya tetap kena jaga, walau di mana pun korang berada.
Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!