Penyanyi Yazmin Aziz menjadi perhatian ramai apabila bertindak mencium teman lelakinya, Simon Jospeh Javier selepas dinobatkan sebagai Mister National Universe yang berlangsung di Manila semalam.
Menerusi video di TikTok itu, Yasmin yang mengenakan gaun berwarna hitam dilihat memelum Simon sebelum mereka saling membalas ciuman.
BACA: Sambut Birthday, Netizen Tak Sangka Yazmin Aziz Baru 22 Tahun
“Ciuman pemenang Mister National Universe MPH 2025, Simon dan teman wanitanya, Yazmin Aziz,” tulis kapsyen video berkenaan.
Seperti sudah dijangka, diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat video berkenaan apatah lagi Yasmin merupakan beragama Islam.
Tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan kenyataan Simon sebelum ini yang mengatakan dia mahu mencium penyanyi terbabit selepas mereka berkahwin.





