Oh! Inspirasi
Putri Mahimah terus cemerlang walau diuji kesihatan, kisah inspirasi mahasiswa Universiti Malaya.
Beberapa hari sahaja lagi nak sambut Raya, tapi dalam kesibukan tu masih ada kisah yang cukup menyentuh hati dikongsikan oleh YB Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam. Kali ini, beliau sempat meluangkan masa menziarahi anak angkatnya, Putri Mahimah yang baru sahaja keluar hospital selepas menjalani pembedahan.
Putri dah jadi anak angkat saya sejak zaman dia buat diploma kat UiTM. Hari ini, sikit lagi dia akan grad ijazah kat UM.- Kata YB Steven.
Putri Mahimah, 24 tahun, kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Media dan Komunikasi di Universiti Malaya dengan CGPA 3.78. Walaupun berdepan pelbagai ujian kesihatan dan tekanan hidup keluarga, semangatnya langsung tak luntur.
Putri Mahimah terus kuat walau diuji

Korang bayangkan, dalam keadaan ayah dan ibunya juga berdepan masalah kesihatan kronik, Putri sendiri pula diuji dengan penyakit yang memerlukan pembedahan. Malah, dia perlu bergantung kepada ubat setiap hari untuk mengawal kesakitan.
Walaupun begitu, Putri langsung tak mengalah. Dia tetap bekerja part-time dan belajar bersungguh-sungguh demi membantu keluarga serta mencapai cita-cita.
Putri antara anak angkat yang saya amat banggakan. Keluarganya hidup dalam keadaan serba mencabar, ayah dan ibu ada masalah kesihatan kronik.
Ayah pesakit jantung, tengah tunggu nak buat bypass. Kini Putri sendiri jatuh sakit. Katanya sakit itu sangat memedihkan. Walaupun dah buat operation doktor kata kena makan ubat sampai bila-bila untuk kurangkan sakitnya itu.- Kongsi YB Steven.
Kejayaan cemerlang di Universiti Malaya

Apa yang lagi buat ramai kagum, Putri bukan sekadar bertahan, malah berjaya cemerlang dalam pelajaran. Dia pernah menerima Anugerah Naib Canselor ketika diploma dan kini sudah tiga kali meraih Anugerah Dekan di Universiti Malaya.
Lebih menyentuh hati, laptop yang pernah dihadiahkan kepadanya beberapa tahun lalu masih digunakan hingga hari ini sebagai teman setia dalam perjuangan menuntut ilmu.
Tiga tahun lalu saya hadiahkan Putri sebuah laptop untuk membantunya belajar. Hari ini, dia tunjukkan kepada saya laptop yang sama masih dijaga baik, masih setia menemaninya menuntut ilmu.- Kongsi YB Steven.
Bantuan dan harapan untuk masa depan

YB Steven turut membantu menanggung kos ubat-ubatan Putri sebanyak RM250 sebulan selama setahun, selain memberi sedikit sumbangan untuk persiapan Hari Raya.
Malah, beliau juga menawarkan peluang internship di kementerian berdasarkan pencapaian akademik Putri yang membanggakan.
Pssttt! Kadang-kadang kita rasa hidup kita susah, tapi bila tengok kisah macam Putri Mahimah ni, kita akan sedar ada orang yang diuji lebih berat tapi masih terus kuat. Ohmedia nasihatkan korang, jangan cepat putus asa, teruskan usaha dan hargai setiap peluang yang ada.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



