Yoga 7i tawar produktiviti optimum

Yoga 7i tawar produktiviti optimum

saufi@mediaprima.com.my

RINGAN, jangka hayat bateri yang panjang dan kuasa prestasi mengagumkan.

  Itu keupayaan laptop Lenovo Yoga 7i 2 in 1 yang menawarkan kuasa prestasi di samping jangka hayat bateri yang mengagumkan sekali gus memberikan kelebihan kepada pengguna.

  Menyentuh aspek spesifikasi, laptop berkenaan didatangkan dengan cip pemproses Intel Core termaju dalam kelasnya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

  Sistem storan pula menyokong PCIe SSD Gen4 sehingga 1TB sekali gus memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menyimpan pelbagai bentuk fail.

  Laptop ini juga sememangnya direka untuk pengguna yang mementingkan keupayaan prestasi dan produktiviti.

  Sesuai dengan teknologi masa kini yang mementingkan Kecerdasan Buatan (AI) terbina, laptop ini menawarkan ciri khas dengan optimasi dan mampu untuk mencipta imej atau muzik daripada teks atau menambah baik foto dan video secara dramatik.

  Laptop ini turut menggunakan platform Edisi Intel Evo dan nikmati pelbagai tugas yang lancar sentiasa. 

  Pada masa sama, ia turut menampilkan ciri khusus seperti Dolby Vision untuk pengguna.

  Laptop ini juga berkeupayaan untuk melancarkan sebarang perisian kompleks seperti Adobe Premiere Pro atau sebarang perisian animasi yang memerlukan keupayaan peranti pada tahap yang tinggi.

  Proses sintesis atau ‘rendering’ juga boleh dilaksanakan dengan mudah tanpa sebarang gangguan seperti kelengahan pemprosesan atau sebarang bentuk ‘crash’ ketika pelancaran proses kompleks dilakukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top