Yonnyboii & pasangan bernikah senyap2, umum majlis sanding tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Selepas sebulan melangsungkan pertunangan, penyanyi muda, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin telah selamat bernikah pada 26 November 2021 dengan pasangannya Nik Nazira Nariman, 22.

Hal tersebut dilihat agak mengejutkan kerana belum ada ura-ura yang mereka akan bernikah selepas majlis pertunangan yang berlangsung pada waktu terdekat kerana mereka memaklumkan majlis perkahwinan mungkin diadakan pada Januari 2022.

Menerusi Instagram penyanyi lagu Salahku itu, dia telah mengucapkan selamat datang kepada kepada Nik Nazira yang akan sama-sama hidup sebagai pasangan suami isteri.

Di media sosial isterinya pula, Nik Nazira memaklumkan yang majlis pernikahan yang berlangsung hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan ia dijalankan secara tertutup.

Walau bagaimanapun, majlis persandingan akan diadakan pada tahun hadapan berkemungkinan sama tarikh dengan perancangan awal yang didedahkan kepada media.

Sehubungan itu, posting pasangan tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan terdekat dan juga para peminat mereka.

Rata-rata mendoakan agar penikahan Yonnyboii dan Nik Nazira terus berkekalan hingga ke akhir usia dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah.

Sumber: Instagram yonnyboii, niknazira