
Pemain Young Tigers, Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar dicabar pemain Afrika Selatan Thabang Jeyi dalam perlawanan penentuan tempat ketujuh dan kelapan SOJC 2023 di Stadium Hoki Taman Daya, pada Jumaat. – Foto Bernama
SKUAD hoki remaja negara menutup kempen Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 dengan kemenangan selepas menewaskan Afrika Selatan 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketujuh dan kelapan.
Pada aksi di Stadium Hoki Taman Daya, Jumaat, The Young Tigers terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan Afrika Selatan menerusi gol padang dijaringkan Viwe Mbata pada minit ke-10.
Anak buah Muhamad Amin Rahim tidak menunggu lama untuk bangkit menyamakan kedudukan dua minit kemudian hasil gol padang Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar untuk kedudukan 1-1 separuh masa pertama.
Bersambung suku ketiga, The Young Tigers merobek gawang Afrika Selatan pada minit ke-39 menerusi gol padang Mohammad Harris Iskandar Osman.



