
Skuad Young Tigers kini mengintau peluang mengakhiri di tangga kesembilan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 selepas gagal layak ke peringkat suku akhir. – Foto Bernama
SESUDAH terlepas tiket suku akhir, Malaysia kini mengintai peluang untuk menempatkan diri sekurang-kurangnya di tangga kesembilan keseluruhan pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.
Justeru, pertemuan menentang Mesir dalam aksi klasifikasi kesembilan hingga ke-16 hari ini menjadi medan terbaik buat skuad The Young Tigers bangkit menebus kekecewaan mereka layak ke suku akhir.
Pengendali Malaysia, Muhamad Amin Rahim menggesa anak-anak buahnya terus mengekalkan fokus bagi merealisasikan sasaran baharu mereka mengakhiri saingan kali ini di kedudukan kesembilan.
“Apabila sudah terkeluar daripada laluan ke suku akhir, pemain-pemain perlu buang perkara itu (rasa kecewa), sebaliknya kekal fokus (menghadapi perlawanan klasifikasi kesembilan hingga ke-16.



