Yusof Haslam Doakan Puteri Sarah Segera Bertemu Jodoh 

Yusof Haslam Doakan Puteri Sarah Segera Bertemu Jodoh 

Pelakon dan penerbit Datuk Yusof Haslam mendoakan bekas menantunya, Puteri Sarah agar segera bertemu jodoh.

Menerusi satu video, Yusof dilihat berbual bersama Puteri Sarah serta menasihatkan bahawa masa berlalu terlalu pantas dan kehidupan kita singkat sahaja.

BACA: Puteri Sarah Kini Bergelar Pelajar Ijazah Sarjana

“Mudah-mudahan kamu bertemu jodoh. Jangan biarkan masa berlalu sebab kehidupan ini singkat. Kita kahwin, dapat anak, besarkan anak, tahu-tahu dah berusia.

“Papa pun tahu papa dah 72 (tahun), kamu pun dah nak dekat 40, kan? Jadi, apa sekalipun, teruskan perjuangan, dapat jodoh yang sesuai yang kamu rasa,” katanya.

Sementara itu, pengarah itu turut berkongsi rahsia keharmonian dalam rumah tangga buat Puteri Sarah serta bakal pasangannya kelak.

“Lepas dapat jodoh itu, kita serahkan soal rumah tangga kepada takdir. Tapi, banyakkan bertolak ansur dalam kehidupan. 

“Suami juga mesti lebih bersikap profesional. Tidak boleh ego, tak boleh meninggi diri. Mesti ada ‘give and take’. Dalam rumah tangga, masing-masing ada kekurangan. Papa doakan yang terbaik,” katanya.


Scroll to Top