Yusuf Bahrin Bimbang Penyakit Ain, Elak Kongsi Kebahagiaan Dengan Zizi Kirana – “Saya Tidak Mahu Berkibatlkan Netizen”

Yusuf Bahrin Bimbang Penyakit Ain, Elak Kongsi Kebahagiaan Dengan Zizi Kirana – “Saya Tidak Mahu Berkibatlkan Netizen”

Pelakon, Yusuf Bahrin mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga keharmonian rumah tangganya bersama penyanyi, Zizi Kirana.

Ketika ditemui XTRA, Yusof atau nama lengkapnya, Muhammad Yusuf Bahrin enggan berkongsi foto atau memaparkan kemesraan bersama Zizi semata-mata demi ‘memuaskan’ netizen.

“Ramai yang suruh saya muat naik foto dengan isteri, saya tidak berkibatkan kepada netizen. Ada kalanya apa yang mereka katakan itu betul.

“Tetapi yang mengecam, mengatur kehidupan saya itu saya abaikan. Kenapa saya perlu memgikut kata-kata mereka?” soalnya.

Yusuf berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama terbaharunya Akasia: ‘Perempuan Tidak Ternikah’ di Balai Berita, Bangsar pada Rabu.

Dalam masa sama, aktor berusia 33 tahun itu mengakui dia tidak akan berkongsi kehidupan peribadinya bersama Zizi kerana bimbang dengan penyakit ain.

“Saya mengambil langkah untuk tidak terlalu berkongsi foto bersama Zizi, ada saja cuma jarang. Saya memilih untuk tidak tunjukkan kehidupan peribadi saya dengan isteri dan keluarga.

“Saya bimbang penyakit ain. Tak tahu sama ada perkara ini berlaku atau tidak kepada saya, sebab perkara ghaib (ain) ini tak nampak dengan mata kasar.

“Tetapi kesannya itu memang ada. Bahagia dengan pasangan biar suami isteri sahaja yang tahu. Tak perlu bercerita kepada orang,” katanya.

Ketika disoal mengenai kejutan yang diberikan kepada Zizi tatkala pulang dari menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Yusof berkata perkara tersebut adalah rahsia antara mereka berdua.

“Saya beritahu Zizi jangan beritahu sesiapa. Rahsia antara kami sahaja, saya tak akan kongsi apa-apa. Kami pergi berjalan pun tiada siapa tahu. Saya takut perkara ain,” katanya.

Pada Julai lalu, pasangan ini turut menjadi perhatian netizen selepas dikatakan tidak lagi saling mengikuti di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Sekadar info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021, selepas perkenalan mereka ketika sama-sama terlibat dalam rakaman program All Together Now Malaysia.

Artikel Berkaitan: “Mata Dah Tak Bengkak” – Yusuf Bahrin Kembali Ceria, Menanti Hari Nak Sambut Kepulangan Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nak Orang Ambil Tahu Soal Rumah Tangga Saya” – Zizi Kirana

Scroll to Top