Oh! Artis
Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bercerai talak satu selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga.
Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana akhirnya sah bercerai talak satu pada hari ini (2 April 2026). Perkhabaran ini pastinya mengejutkan ramai peminat yang sebelum ini mengikuti perjalanan hubungan mereka.
Lafaz cerai tersebut dibuat oleh Yusuf di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor. Difahamkan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan perkahwinan mereka secara baik.
Perceraian disahkan di mahkamah

Perkara ini dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Zizi, iaitu Haiza. Menurutnya, prosiding berjalan lancar dan perceraian dilakukan mengikut proses yang ditetapkan.
Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi ini adalah satu permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 yang mana pihak-pihak bersetuju untuk bercerai.
Perceraian ini telah direkodkan oleh hakim Tuan Muhammad Syaifullah Hamza. Lafaz cerai telah dibuat oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raj’ie.- Katanya.
Dalam masa sama, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai perkara ini. Namun, dia tetap memberikan respon ringkas kepada pihak media.
Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik, insyaAllah. Terima kasih semua.- Katanya.
Sebelum ini sudah timbul spekulasi

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang dilanda masalah. Malah, ada sumber mendakwa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
Namun begitu, kedua-duanya tidak pernah tampil secara terbuka mengesahkan perkara tersebut sebelum ini. Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Pssttt! Dalam hubungan, apa jua yang berlaku hanya pasangan itu sahaja yang benar-benar faham. Kalau sudah tiada jalan terbaik, berpisah secara baik mungkin pilihan paling matang. Korang doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua-duanya.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




