am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perkongsian lokasi berbeza pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana meraikan 1 Syawal, semalam menimbulkan persoalan di kalangan peminat.
Yusuf atau nama sebenar Muhammad Yusuf Bahrin, 34, sebelum ini memaklumkan mereka akan menyambut Aidilfitri di Melaka kerana sudah beraya di Sabah pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Yusuf berkongsi menyambut Aidilfitri bersama ibu bapa dan adik beradik lain di kampung halamannya tanpa kelibat Zizi.
Manakala Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 41, pula menerusi Instagramnya memuat naik gambarnya beraya di Sabah dengan keterangan gambar Team Raya Sabah.
Harian Metro cuba menghubungi Zizi menerusi WhatsApps, bagaimanapun tiada sebarang respons diberikan.
Malah, sehingga kini, kedua-dua mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




