Zahid Hamidi Mohon Maaf Lepas Ucapan ‘Malaikat Pun Lari Malam’ Dikecam Orang Ramai | Oh! Negara – Oh! Media

Zahid Hamidi Mohon Maaf Lepas Ucapan ‘Malaikat Pun Lari Malam’ Dikecam Orang Ramai | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Zahid Hamidi mohon maaf isu ‘malaikat pun lari malam’. Kenyataan disebabkan terlalu emosi.


Selepas dikecam seolah-olah membandingkan tugas malaikat dengan presiden parti UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil memohon ampun kepada Allah dan memohon maaf kepada semua pihak.

Dalam hantaran di Facebook, Zahid berkata, kenyataan itu dibuat dalam suasana penuh emosi untuk menggambarkan cabaran tugas seorang pemimpin.

“Saya akui ia boleh disalah tafsir”

Jelasnya, perbandingan tersebut diakui telah mencetuskan kekeliruan dan boleh disalah tafsir ramai. Beliau tiada niat mempersendakan agama dan menerima teguran dengan hati terbuka.

Zahid Hamidi

Dia mengakhiri kenyataan dengan harapan agar Allah SWT membimbing tutur kata dan tindakan semua individu agar sentiasa terpelihara adab dan akidah.

Kenyataan cetus kontroversi

@wanhadi21

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi tamil memohon maaf kepada Allah Swt diatas kekhilafan beliau ketika berucap di Mesyuarat UMNO Bahagian Gopeng beberapa hari lalu. Kes sama berlaku pada PRU14 lalu di mana Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Azariza mendakwa malaikat boleh menyerupai pengundi PAS yang tidak pulang mengundi. Tetapi kenyataan itu dipertahankan oleh Ustaz Azariza. Datuk Seri Zahid Hamidi berani memohon maaf dan mengakui kesilapan beliau 👍 #zahidhamidi #presidenumno #umnomalaysia #umno

♬ Mysterious and sad BGM(1120058) – S and N

Terdahulu, Zahid Hamidi dikecam selepas membuat satu kenyataan kontroversi membandingkan dengan tugas malaikat. Kenyataan ini mengundang teguran ramai termasuk daripada Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.

Pssttt! Terlalu banyak emosi, boleh tergelincir kata. Bagi Oh! Media, penting bagi pemimpin menimbang semula setiap lafaz, apatah lagi yang melibatkan agama.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top