Zahid tidak bincang keperluan MAGERAN bersama Agong

Zahid tidak bincang keperluan MAGERAN bersama Agong

saiful.haizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak membangkitkan keperluan penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata, beliau beranggapan bahawa MAGERAN adalah sesuatu di luar kebiasaan sedangkan proklamasi Darurat yang berkuatkuasa sekarang sudah mencukupi, cuma ia digunakan untuk mencapai tujuan lain.

“Saya sudah mempersembahkan kepada Tuanku mengenai pendirian UMNO terutamanya untuk Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos ini.

“Ini kerana kemudaratannya lebih besar kepada negara, ternyata tanpa darurat pun dahulu kerajaan masih boleh menguruskan isu-isu berkaitan dengan pandemik COVID-19,” katanya pada media selepas menghadap Seri Paduka di Istana Negara, pagi ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top