Zahiril Adzim Akui Hilang Minat Pada Perkara Disukai, Mira Filzah Titip Nasihat

Zahiril Adzim Akui Hilang Minat Pada Perkara Disukai, Mira Filzah Titip Nasihat

Pelakon, Zahiril Adzim kembali mencuri perhatian apabila meluahkan isi hatinya secara terbuka di media sosial.

Menerusi ciapan di platform Threads, Zahiril mengakui dia kini sudah hilang minat terhadap perkara yang sebelum ini menjadi kesukaannya.

“I’ve lost interest in the things I used to love doing,” tulisnya ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti, Mira Filzah turut memberi nasihat kepada aktor filem Malbatt: Misi Berdarah itu agar mengambil masa untuk berehat dan kembali bangkit dengan lebih kuat.

“Take your time, rest well and come back stronger!,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat turut menitipkan doa serta nasihat agar Zahiril memberi ruang kepada diri sendiri untuk memulihkan emosi dan kesihatan mental.

Sebelum ini, Zahiril atau nama penuhnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, turut mengejutkan ramai apabila berkongsi mengenai simptom kesihatan yang dipercayai dialaminya sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat.

Antara yang dikongsikan termasuk rasa berat di dada dan nafas yang pendek, sekali gus mendorong orang ramai supaya dia mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar perubatan.

Artikel Berkaitan: Zahiril Adzim Kongsi Simptom Mengejutkan, Netizen Minta Segera Jumpa Doktor – “Dada Terasa Berat, Nafas Pendek”

Scroll to Top