Pelakon popular, Zahiril Adzim menerima teguran netizen gara-gara membuat siaran langsung ketika sedang makan.
Menurut netizen, tidak elok bercakap semasa makan namun teguran itu dibetulkan pelakon terbabit. Jelasnya, perbuatan bercakap ketika makan adalah sunnah Rasulullah SAW.
Zahiril Adzim betulkan teguran netizen mengenai bercakap ketika makan
Katanya lagi, apa yang tidak manis adalah bercakap ketika sedang mengunyah atau ketika mulut dipenuhi makanan.
Namun, larangan tidak boleh bercakap di meja makan adalah momokan table manners yang bukan ajaran agama Islam yang sebenar.
Kalau tak percaya pergi tanya ustaz-ustaz. Kalau orang kata, ‘Wey makan jangan bercakap”. Itu salah. Mulut penuh jangan bercakap itu betul, masa mengunyah jangan bercakap betul. Itu pun bukannya berdosa, cumanya tak manis.
Pelakon ini memberitahu, selama ini dia juga menyangka seseorang perlu diam dan menjaga tingkah laku ketika berada di meja makan.
Tapi sunnahnya makan bercakap. Sebab waktu makan tu, makan dulang kan sunnah, masa itulah kita bersilaturrahim.
Apa yang dijelaskan Zahiril Adzim ini mendapat respon penceramah Dr. Rozaimi Ramle. Menurutnya, ada hadis daripada Rasulullah SAW yang membolehkan kita untuk bercakap ketika makan.
Tonton video penuh di bawah:
#OhmediaNasihat
Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah ini ialah penting untuk memahami perbezaan antara adab budaya dan ajaran agama. Tidak salah untuk mengamalkan adab tertentu selagi ia tidak bercanggah dengan sunnah. Makan bersama juga dapat memperkukuhkan silaturrahim, jadi tidak salah untuk berbual selagi ia dilakukan dengan sopan.
