Pagi raya yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar menjadi episod menyedihkan buat suami kepada pelakon dan model Zahnita Wilson, iaitu Abdul Zackery Ghouse selepas mendakwa isterinya membawa seorang lelaki tidak dikenali ke dalam rumah.
Menurut laporan mStar, Zackery berkata insiden yang berlaku pada pagi 1 Syawal itu memberi kesan mendalam kepada anak-anak mereka yang ingin meraikan hari bahagia bersama ibu tersayang.
Kejadian tersebut agak terkejut buat saya sebab ia berlaku di pagi raya, hanya Tuhan sahaja tahu perasaan yang dirasai anak-anak ketika itu.
Zackery menjelaskan bahawa beliau mahu suasana aman dan tenteram pada pagi raya, tanpa sebarang pertelingkahan. Namun apa yang berlaku ternyata menyedihkan.
Saya mahukan bendera putih pada hari raya tersebut dan berhenti bergaduh untuk seketika, tapi perkara itu jadi insiden tragik buat anak-anak.
Tuduhan diperkuat dengan dakwaan adik Zackery

Sebelum ini, adik kepada Zackery, Shreen turut tampil mendakwa Zahnita membawa masuk lelaki tersebut ke kediaman mereka pada hari raya pertama, 31 Mac lalu, menambahkan lagi kekeliruan dalam kemelut rumah tangga pasangan ini.
Zackery pilih untuk berdiam mengenai Zahnita Wilson dan serah pada mahkamah

Walaupun dihentam netizen susulan isu ini, Zackery memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada mahkamah.
Netizen boleh cakap apa mereka mahu, saya terpaksa maafkan sebab mereka tidak tahu cerita sebenar daripada pihak saya.
Bukti saya semua disimpan untuk kemukakan di mahkamah dan biarkan mahkamah yang tentukan siapa betul dan salah.