Zahnita Wilson Mengaku Belajar Muay Thai Sejak 2016 Tapi Bukan ‘Belasah’ Suami | Oh! Media

Zahnita Wilson Mengaku Belajar Muay Thai Sejak 2016 Tapi Bukan ‘Belasah’ Suami | Oh! Media

Suami kepada model dan pelakon Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse membuat pendedahan mengejutkan mendakwa hampir menjadi mangsa ‘muay thai’ isteri.

Namun, dakwaan itu dinafikan Zahnita mengatakan sukan muay thai yang dipelajarinya secara profesional sejak 2016 kerana mahu mempertahankan diri.

Zahnita nafi ‘muay thai’ suami

zahnita

Dalam laporan Kosmo!, usahawan pai ‘home made’ ini juga menegaskan tidak pernah memukul suami seperti yang diperkatakan.

Saya akan menghadiri sesi latihan muay thai tidak lama lagi. Ada yang mahu turut serta atau sesi ‘one-on-one’?

Terdahulu, Zahnita memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah selepas memuat naik gambar mata lebam di Instagram.

Suami tampil dengan ‘plot twist’?

Pendedahan Zahnita juga telah menyebabkan suaminya disiasat pihak berkuasa. Namun, suaminya tampil dengan satu plot twist mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga dan isterinya pernah berlaku curang.

Malah anak sulungnya, Zahrafeena juga mempertahankan bapa dan memilih untuk tinggal dengan lelaki tersebut.

#OhmediaNasihat:

Dalam hubungan, gaduh-gaduh tu biasa, tapi kalau dah melibatkan kekasaran, jangan diam je. Cari jalan penyelesaian yang baik atau dapatkan bantuan kalau perlu. Dalam hal ini, lain pula yang berlaku apabila masing-masing mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Pening!


Scroll to Top