Zain Saidin, suami kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan, akhirnya tampil memberi kenyataan berhubung kontroversi hutang RM1 juta dengan agensi MARA.
Menurut Zain, mereka sebenarnya sedang menyelesaikan isu tersebut secara tertutup tanpa melibatkan pihak luar.
Sudah semestinya saya pernah ambil pinjaman dengan MARA. Tapi tuduhan kata kami lepas tangan itu tak tepat.
Bila orang dengar, mereka terus percaya dan mula serang kami tanpa tahu cerita penuh.- Jelas Zain.
Zain hanya mampu beri sokongan moral…
Ini bukan urusan saya sepenuhnya, jadi saya hanya boleh sokong setakat yang mampu. Apa pun, saya maafkan semua yang menyerang kami.- Jelasnya.
Che Ta kecil hati, sekat panggilan media
Zain juga mendedahkan bahawa Che Ta kini berkecil hati dengan situasi yang berlaku sehingga bertindak menyekat panggilan telefon daripada pihak media.
Che Ta kecil hati sampai ‘block’ semua orang yang buat panggilan telefon. Dia tak nak bercakap dengan mereka.- Ujar Zain.
Walaupun begitu, mereka tetap memaafkan pihak yang menuduh dan menyerang tanpa usul periksa.
Sebelum ini, kediaman Che Ta dilaporkan telah diserbu pegawai MARA gara-gara kegagalan melunaskan pinjaman hampir RM1 juta.
BACA: “Tak Pernah Berhutang…” – Kawan Rapat Dedah Che Ta Tak Pernah Berhutang
Kontroversi ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang menyokong, ada juga yang menghentam.
#OhmediaNasihat
Kisah ini mengingatkan kita bahawa setiap isu pasti ada cerita di sebaliknya. Sebelum membuat tuduhan atau menyerang seseorang, pastikan kita mengetahui fakta sebenar.
Jangan mudah percaya kepada khabar angin kerana ia boleh merosakkan reputasi orang lain. Dalam masa yang sama, jika berdepan masalah seperti ini, usahakan penyelesaian dengan cara yang profesional dan tenang.
