Perasan tak, cara budak-budak zaman sekarang membesar memang jauh beza sangat kalau nak dibandingkan dengan zaman kita dulu…
Ingat lagi, kalau dulu pukul 5 tepat tu dah memang terpacak dekat padang main bola atau kejar-kejar. Punyalah seronok main dengan kawan-kawan, sampai mak bapak terpaksa datang jerit suruh balik rumah betul tak?
Sekarang? Ramai budak-budak lagi suka berkurung dalam rumah hadap skrin gajet je. Inilah orang kata modern childhood, cabaran yang ibu bapa sekarang pun pening kepala nak hadap, lagi-lagi bab kesihatan dan nutrisi.
Beri Kesan Pada Tumbesaran Anak, Modern Childhood Perlukan Solusi Modern
Modern childhood ini mempengaruhi cara kanak-kanak berfikir, bergerak dan penglibatan mereka dengan dunia luar, serta akan memberi kesan kepada perkembangan kognitif, pertumbuhan fizikal dan kesihatan visual.
Zaman sekarang ni, kanak-kanak sering terikat dengan jadual yang cukup padat, dan ada ketika banyak pendedahan terhadap skrin pada setiap hari.
Aktiviti berterusan tanpa henti seperti ini boleh membebani deria mereka, sehingga sukar untuk mereka memberikan tumpuan.
Bukan itu saja, tidak seperti zaman kita dahulu, mereka kurang melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan memanjat untuk membina kekuatan otot.
Kebanyakan mereka sudah terbiasa dengan hiburan yang terdapat di tablet atau telefon pintar, membuatkan mereka kurang bergerak.
Bila situasi ini terjadi, perkembangan fizikal mereka boleh terganggu, stamina akan berkurang dan postur badan serta kekuatan otot akan terkesan disebabkan terlalu lama duduk dalam keadaan statik.
Lebih membimbangkan, disebabkan penggunaan gajet yang melampau, mereka akan cenderung untuk mengalami masalah penglihatan seperti rabun jauh pada usia yang sangat muda.
Sejujurnya, perkembangan mereka pada hari ini bukan lagi bersifat satu dimensi saja, di mana pertumbuhan kognitif, kekuatan fizikal dan kesihatan penglihatan semua berkait rapat.
Setiap aspek ini akan mempengaruhi cara mereka belajar, bergerak dan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Jadi, keperluan nutrisi mereka juga perlu berevolusi, seiring dengan perubahan gaya hidup.
Nutrisi yang betul memainkan peranan penting untuk bantu anak-anak kita bina otak yang cerdas, badan yang kuat serta mata yang sihat.
Perkara ini bukan setakat untuk keperluan semata, tapi sebenarnya sebagai satu persediaan buat mereka supaya lebih bersedia menghadapi masa depan.
Fernleaf Beri Solusi Terbaik Untuk Situasi Modern Childhood
Masalah moden semestinya memerlukan solusi moden!
Sebab itulah, Fernleaf memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, iaitu Fernleaf GUMP yang kini diperbaharui dengan formulasi SmartGro™, direka khas untuk tumbesaran kanak-kanak zaman moden.
Haa, korang yang tengah baca ni mesti tertanya-tanya, apakah antara bahan yang terkandung dalam susu formula ini dan adakah ia sesuai untuk diberikan kepada si kecil betul tak?
Kalau korang nak tahu, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf dengan formulasi SmartGro™ ini mengandungi beberapa bahan penting yang dapat membantu membekalkan nutrisi antaranya:
5x DHA dan zat besi: menyokong perkembangan otak, serta membantu anak-anak kekal fokus dengan baik untuk teroka dan belajar
Lutein: menapis cahaya biru dan melindungi mata
Protein dan 100% kalsium: menyokong tumbesaran dan tulang kuat agar anak-anak dapat capai potensi mereka
Kesemua gabungan bahan penting ini menjadikan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf dengan formulasi SmartGro™ sebagai susu formula yang menyokong dapat generasi lebih bijak serta memberikan nutrisi moden untuk kanak-kanak masa kini.

Susu formula ini tersedia untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun dan 4 hingga 6 tahun, dengan pelbagai jenis perisa seperti Plain, Honey dan Chocolate (untuk 4 hingga 6 tahun)
Jadi, untuk ibu bapa di luar sana yang ingin memberikan nutrisi yang baik dan mencukupi buat anak-anak, jangan lupa untuk dapatkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf dengan formulasi SmartGro™ yang diperbaharui sekarang!
Korang boleh dapatkan di mana-mana kedai runcit berdekatan atau secara atas talian di Shopee dan TikTok Shop.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Fernleaf, atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok untuk sebarang update terkini.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




