“Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna” – Zarina Anjoulie Dedah Bekas Suami Culas Bayar Nafkah?

“Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna” –  Zarina Anjoulie Dedah Bekas Suami Culas Bayar Nafkah?

Pelakon Zarina Anjoulie mencuri perhatian selepas membuat pengakuan secara terbuka bahawa bekas suaminya culas memberikan nafkah terhadap anak mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir golongan bapa yang tidak bertanggungjawab terutamanya dari segi pemberian nafkah selepas bercerai.

“Are you joking? Zaman sekarang ni banyak bapa tak guna.

“Jangan cakap nak bayar nafkah,tengok anak pun tak nak.

“Sekarang zaman bukan macam zaman dulu, banyak bapa yang bertanggungjawab,” luahnya.

Meskipun tidak mengharapkan pemberian nafkah dari bekas suami, namun Anju menegaskan bahawa itu adalah tanggung jawab yang telah ditetapkan dalam agama.

Malah, tindakan menuntut nafkah sahaja dianggap seperti beban pada masa kini.

“Tak payah lah nak mengharapkan tentang nafkah. Dulu zaman Anju masa kecil, mak bapa cerai kawan lain semua bayar nafkah ya, sekarang tak payahlah. Kau tak payah nak menantikan bayaran nafkah tu.

“Kadang ada yang kasi RM100 sebulan, lepastu dia maki hamunnya kau.

“Diungkitnya macam kasih duit RM200,000 sebulan tak payah lah. Baik cari kerja sendiri. Buat sakit hati je.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Bahkan, ramai yang bersetuju dengan pandangan Anju bahawa bab nafkah tidak kiralah sebelum dan selepas berpisah adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

Scroll to Top