Pelakon, Zara Zya tidak menafikan dirinya kini sedang dalam fasa malas untuk mencari jodoh atau berkenalan dengan orang lain.
Zara berkata demikian menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di paltform Threads miliknya selepas mendedahkan ada pihak yang cuba menjodohkannya dengan seseorang.
“Bila ada orang nak jodohkan kita tapi kita dalam fasa malas… Malas nak kenal, malas nak ambil tahu suka apa, kerja apa, duduk mana… Lepastu kita nak buat apa ek? Menyorok saja lah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan wanita yang menitipkan pesanan kepadana untuk membuka hati secara perlahan-lahan.
Malah, ada Zara turut bersetuju dengan salah seorang komen individu yang berkata menjaga hati sendiiri lebih baik.
Sebelum ini, Zara pernah mendedahkan dirinya diganggu makhluk halus lebih 10 tahun.
Pada Mei tahun lalu, Zara selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.
Terdahulu, Zara tidak menyangka kisah peribadinya yang diganggu makhluk halus menjadi sorotan ramai sehingga masih heboh di seluruh platform media sosial.
Perkongsiannya itu menjadi tumpuan ramai terutamanya selepas tular sebuah potongan video podcast tersebut memaparkan suara Zara yang berubah menjadi seram ketika menyebut perkataan ‘iblis’.
Dalam podcast Disebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun, Zara berkata gangguan mistik itu membuatkan dirinya berperwatakan seperti ular dalam mimpi, selain turut memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan.
Bukan itu sahaja, gangguan ghaib tersebut begitu ekstrem sehingga dia pernah ingin membahan kucing sendiri.
Artikel Berkaitan:Lebih 10 Tahun Alami Gangguan Makhluk Halus, Zara Zya Kongsi Keadaan Terkini… – “Pelik Banyak Cerita Mistik Timbul”
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Gangguan Makhkuk Halus Berpunca Daripada Simpan ‘Benda’, Zara Zya Tampil Bersuara!




