Zara Zya buat 2 ‘report’ polis, diganggu mesej lucah & wajah diguna untuk iklan scam

Zara Zya buat 2 ‘report’ polis, diganggu mesej lucah & wajah diguna untuk iklan scam

Pelakon wanita, Zara Zya telah berkongsi gambar laporan polis yang dibuat berhubung gangguan seksual yang diterima oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab sejak kebelakangan ini.

Menerusi posting Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dia telah membuat dua laporan polis melibatkan gambarnya digunapakai tanpa kebenaran untuk tujuan melakukan penipuan serta gangguan seksual yang diterima oleh seorang individu tidak dikenali.

Laporan yang telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam ini dilakukan bagi memberi pengajaran kepada pihak-pihak yang biadap serta mahu mendapatkan keadilan keatas dirinya yang menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab.

“Anda berani buat, jangan fikir saya tidak berani untuk ambil tindakan. Saya telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis ke atas dua individu.
“Seseorang telah terlibat menggunakan nama dan gambar saya untuk penipuan atau scam pelaburan secara dalam talian (menggunakan nama kerja kosong Ipoh 2023) baru-baru ini,” tulisnya.

Selain daripada wajahnya digunakan untuk tujuan pengiklanan, pelakon drama Monalisa ini juga mendedahkan diganggu lelaki biadap apabila kerap membuat panggilan serta menghantar gambar-gambar tidak senonoh kepadanya.

Tindakan tersebut telah membuatkannya berasa tidak selamat apabila hidup dalam kebimbangan memandangkan menerima panggilan telefon bertubi-tubi sehingga menganggu emosi sejak beberapa bulan yang lalu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tindakan dilakukan Zara Zya kerana ia telah menggangu privasinya sebagai seorang manusia.

Mereka juga berharap agar pihak polis dapat segera menyiasat laporan yang telah dibuat selebriti berkenaan bagi memastikan individu-individu disebalik jenayah tersebut berjaya diberkas.

 

 

 

Sumber: Instagram Zara Zya