Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

Pelakon dan usahawan,  Zara Zya menegur segelintir netizen yang gemar menjodoh-jodohkan orang lain tanpa usul periksa di media sosial.

Menerusi hantaran ringkas, Zara meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap sesetengah pihak yang suka mengaitkan dirinya dengan mana-mana individu, seolah-olah tidak menghormati privasi dan batas peribadinya.

“Hentikanlah perangai suka menjodohkan orang ni. Muak!” tulisnya ringkas.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak atau situasi tertentu, hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya di platform Threads.

Terdahulu, Zara beberapa kali dikaitkan dengan selebriti lelaki apabila tampil bersama dalam acara-acara besar, namun aktres berusia 40 tahun itu menegaskan fokus utamanya kini adalah terhadap kerjaya dan bukan soal cinta.

Sebelum ini, aktres itu pernah mencuri perhatian apabila menitipkan pesanan penuh makna mengenai kehadiran seseorang dalam kehidupan.

Katanya menerusi hantaran di Threads, kehidupan diibaratkannya sebagai tempat persinggahan dan adalah tidak wajar berasa marah sekiranya seseorang itu pergi meninggalkan.

“Hidup ni sebenarnya macam R&R sahaja. Ada orang singgah temankan sekejap, lepas tu sambung jalan.

“Jangan marah kalau dia pergi. Sebab kadang kita pun singgah dalam hidup orang lain, bukan selamanya juga,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kadang Kita Pun Singgah Dalam Hidup Orang Lain Tak Selamanya”- Zara Zya

ARTIKEL BERKAITAN:“Siap Reka Cerita Kahwin & Perdaya Duit Orang!” – Zara Zya Dedah Individu Lelaki Menyamar Jadi Dirinya

ARTIKEL BERKAITAN:Zara Zya Akui ‘Malas’ Nak Berkenalan Dengan Orang – “Ada Orang Nak Jodohkan, Tapi…”

Scroll to Top