Pelakon sensasi Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik video mesra bersama ersama individu yang pernah terpalit kontroversi besar iaitu Hot Daddy.
Menerusi video dikongsikan memaparkan pelakon itu dilihat sedang berbaring di sebelah lelaki berkenaan.
BACA: Zarina Anjoulie Kongsi Video Bersama Hot Daddy Jadi Perhatian
Dalam video tersebut turut ditulis kapsyen meminta netizen untuk melanggan saluran Telegram dan pautan berkenaan ada diletakkan di profil Instagram miliknya.
Sementara itu, menerusi satu video dimuat naik di Insta Story, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju berkata dia memuat naik kandungan di saluran berkenaan namun enggan mendedahkan video yang dikongsikan.
“Link yang ditunggu-tunggu telah ada, jadi kalau nak tengok semua video yang saya buat di Bali boleh langgan tapi video tentang apa saya tak nak beritahu,” katanya.
Untuk rekod, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah didakwa atas tuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X dan menjual rakaman video lucah.




