Zarina Anjoulie Tak Kisah Dikritik Buat Pembedahan Hidung… Siap Kongsi Foto Sebelum & Selepas  – “Bahagian Sisi Saya Nampak Lebih Menarik”

Zarina Anjoulie Tak Kisah Dikritik Buat Pembedahan Hidung… Siap Kongsi Foto Sebelum & Selepas  – “Bahagian Sisi Saya Nampak Lebih Menarik”

Pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju berpuas hati dengan hasil pembedahan hidung yang dilakukannya beberapa bulan yang lalu.

Katanya, dia tidak menyesal melakukan pembedahan tersebut apatah lagi selepas melihat hasilnya dan mengakui bahagian sisinya kini kelihatan lebih menarik.

Justeru, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mengkritik atau mengecam tindakannya melakukan pembedahan rekonstruktif hidung.

“Saya tak menyesal buat pemebdahan hidung terutamanya bila ada penggambaran kerana sudut sisi saya tampak lebih menarik.

“Saya tidak peduli apa yang anda katakan. Ada orang kata nampak hidung saya makin menonjol. Tapi itulah dia perubahan selepas melakukan pembedahan. Kalau nak nampak sama buat apa buat pembedahan,” katanya.

Perkara itu dikongsi Anju atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

 

Dalam pada itu, Anju menerusi hantaran yang berlainan pula tampil berkongsi beberapa foto miliknya sebelum dan selepas menjalani pembedahan bagi mengelakkan warganet terus berdebat mengenai isu tersebut,

“Cerita macam Anju reconstuct my whole face as if saya ni macam hodoh sangat la sebelum baut hidung dan jawline.

“Bukannya saya tukar my whole face. Kalau saya ni hodoh buat surgey apa pun nothing can’t save an ugly face,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telahpun dipadam Anju beberapa jam selepas muat naik tersebut dibuat.

Scroll to Top