Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu cipta magis di Terbuka Malaysia

Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu cipta magis di Terbuka Malaysia

Chong Wei dan Lin Dan (kanan) bersama Saina Nehwal (kiri) pada Majlis Pengenalan Dua Pemain Lagenda Baharu dalam The Legends Vision ketika di sebuah hotel pada Isnin. Foto: Bernama

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei optimis pemain perseorangan Lee Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, yang akan membuka tirai di Axiata Arena di sini esok.

Chong Wei berkata, berdasarkan prestasi, pemain perseorangan ranking ke-11 dan gandingan ranking keempat dunia itu sudah pasti tidak mahu mensia-siakan peluang mempamerkan aksi terbaik di halaman sendiri.

“Bagi saya ini peluang terbaik buat Aaron-Wooi Yik dan Zii Jia merangkul kejuaraan. Saya tahu Terbuka Malaysia amat penting sebab kita main di tempat sendiri, serta harapan tinggi daripada peminat.

“Ia satu tanggungjawab yang berat, jadi mereka perlu lakukan yang terbaik untuk kerjaya dan negara,” katanya pada sidang media memperkenalkan dua muka baharu yang menyertai ‘Yonex Legend Vision’ pada Isnin.

Scroll to Top