Zii Jia kembali, mahu akhiri kempen di Paris tanpa kecederaan

Zii Jia kembali, mahu akhiri kempen di Paris tanpa kecederaan
Zii Jia kembali menghangatkan saingan kompetitif apabila akan beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris minggu depan. Foto Instagram Team LZJ.

Zii Jia kembali menghangatkan saingan kompetitif apabila akan beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris minggu depan. Foto Instagram Team LZJ.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali mewarnai pentas antarabangsa apabila akan menyertai Kejohanan Dunia di Paris minggu depan yang menjadi medan pertamanya selepas berehat panjang.

Perkembangan tersebut dikongsi Team Lee Zii Jia (LZJ) menerusi laman sosial sebentar tadi.

Bekas juara Seluruh England itu mengakui tidak mahu terbeban dengan tekanan, sebaliknya ingin menumpukan kepada usaha untuk menyesuaikan diri di gelanggang kompetitif.

“Sudah agak lama dan Kejohanan Dunia akan menjadi kejohanan pertama saya selepas berehat panjang.

“Saya tidak mahu meletakkan terlalu banyak tekanan pada diri sendiri. Saya hanya mahu menikmati kembali berada di gelanggang kompetitif dan yang paling penting, menamatkan kempen di Paris tanpa sebarang kecederaan,” catat Team LZJ menerusi Instagram.

Zii Jia kembali menghangatkan saingan kompetitif apabila akan beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris minggu depan. Foto Instagram Team LZJ.

Zii Jia kembali menghangatkan saingan kompetitif apabila akan beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris minggu depan. Foto Instagram Team LZJ.

Kejohanan berprestij tersebut akan berlangsung di Adidas Arena, Paris bermula Isnin ini hingga 31 Ogos.

Pada aksi pembukaan Zii Jia dijadual menentang pemain di rangking ke-38 dunia dari Korea Selatan, Jeon Hyuk-jin.

Sebagai rekod, pemain yang berasal di Alor Setar, Kedah itu mempunyai perlindungan ranking di kedudukan kesembilan, kini berada di tangga ke-52 dunia.

Zii Jia tidak beraksi sejak Mac lalu kerana kecederaan buku lali yang dialami sejak Jelajah Dunia Akhir Disember lepas.

Kali terakhir pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu beraksi ketika Master Orleans dan Seluruh England pada Mac, namun dia dihantui kecederaan yang memaksanya menarik diri daripada beberapa kejohanan iaitu Terbuka Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Bagaimanapun disebabkan Zii Jia mendapat perlindungan ranking, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menawarkan dia slot ke Paris.

Scroll to Top