Zionis bunuh 580 pencari bantuan di Gaza

Zionis bunuh 580 pencari bantuan di Gaza
Laporan akhbar Israel mendedahkan askar Zionis diarahkan menembak penduduk Palestin di 'perangkap maut' tersebut. Foto Agensi

Laporan akhbar Israel mendedahkan askar Zionis diarahkan menembak penduduk Palestin di ‘perangkap maut’ tersebut. Foto Agensi

GENTING GAZA – Angka korban pencari bantuan yang dibunuh Zionis telah meningkat kepada 580 orang sejak hab bantuan rekaan Israel beroperasi di Genting Gaza pada akhir Mei lalu.

Pejabat Media di Gaza memaklumkan lebih 4,200 penduduk Palestin turut cedera selepas tentera Israel menjadikan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) sebagai ‘perangkap maut’ untuk membunuh golongan itu yang semakin terdesak dan kelaparan.

“Tel Aviv bersama sekutunya bertanggungjawab penuh secara moral untuk menyokong penghapusan sistematik terhadap orang awam di wilayah ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Ia turut menggesa komuniti antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel bagi membuka semula lintasan sempadan dan menarik balik sekatan ketat terhadap penghantaran bekalan bantuan penting.

Ketika ini, kempen pengeboman ganas terus dilancarkan ke seluruh Gaza setelah Israel mengeluarkan arahan pemindahan paksa baharu ke atas penduduk Palestin di 17 kawasan di tengah dan utara enklaf tersebut supaya menuju ke ‘zon kemanusiaan’ di al-Mawasi di bahagian selatan. – Agensi

Scroll to Top