Zizi Kirana dah padam foto seksi, sedih dengar nasihat ibu minta jaga penampilan

Actress Zizi Kirana

Kuala Lumpur: Saban hari kisah penghijrahan artis Malaysia semakin menarik perhatian dan membuka mata ramai individu yang sentiasa mengikuti pekembangan semasa dunia hiburan.
Begitu juga dengan apa berlaku kepada pelantun lagu ‘Eh’ iaitu Zizi Kirana yang sebelum ini amat dikenali dengan penampilan sehingga mengundang komen nakal netizen.
Kebelakangan ini, warganet perasan terdapat sesuatu terhadap imej Zizi dan mereka mula tertanya-tanya apabila penyanyi itu sudah tidak lagi berkongsi gambar yang seksi.

Menerusi temu bual mStar Online, penyanyi berusia 35 tahun itu berkata dia mula menjaga penampilan dengan tidak memakai pakaian yang mendedahkan bentuk badan selepas ditegur oleh ibunya.
Tersentuh dengan teguran ibu tersayang, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata dia mula berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Menurutnya, dia telah mula memadam gambar-gambar seksinya yang pernah dimuat naik di Instagram sebelum ini.

Terdahulu, Zizi merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-7 selain pernah menyertai rancangan televisyen realiti Indonesia, D’Academy Asia musim ke-2 dimana beliau mewakili Malaysia. Sumber- Mstar online

Malay News
Glamour Desk

 

Scroll to Top