Zizi Kirana Sertai Misi Ke Gaza, Reda Jika Tidak Pulang

Zizi Kirana Sertai Misi Ke Gaza, Reda Jika Tidak Pulang

Penyanyi Zizi Kirana berkata dia reda jika ditakdirkan tidak kembali ke tanah air selepas sertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Ogos ini.

Memetik mStar Online, Zizi berkata dia sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk kematian serta menyerahkan segalanya kepada Allah.

BACA: “Sudah Tahu Diabaikan, Bukannya Sedar, Malah Sabar” – Post Zizi Kirana Jadi Perhatian

“Mati syahid itu cita-cita tertinggi, tapi ujian saya ke sana adalah untuk membawa kehidupan dan harapan kepada saudara kita di Gaza.

“Kalau Allah izinkan syahid, itu anugerah. Kalau Allah panjangkan umur, itu amanah untuk terus berjuang. Saya hanya sedia berkhidmat, selebihnya saya serahkan pada Allah,” katanya.

Sementara itu, Zizi berkata suaminya Yusuf Bahrin sudah memberi keizinan dan ibunya juga reda serta mengikhlaskan segalanya.

“Ketika saya maklumkan kepada mak, dia banyak bertanya tapi dia reda dan sudah mengikhlaskan segalanya. Suami juga mengizinkan saya mengikuti misi ini. 

“Mereka semua doakan saya selamat balik, tapi jika berlaku sebaliknya mereka  reda sebab saya pergi dengan niat nak sampaikan bantuan,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai misi tersebut Zizi berkata dia bersama beberapa akvitis dari Malaysia akan berangkat ke Tunisia pada 31 Ogos sebelum belayar melalui laut Mediterranean.

“Gerakan ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diketahui Global Smudu Flotilla yang berjaya menghimpunkan 44 buah negara untuk memecahkan kepungan kapal ke atas Gaza serta membina semula solidariti global,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top