Bekas pelakon Datin Seri Zizie Izette tiba di kediaman Idang Residen, Luyang pagi tadi dengan tangisan air mata untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.
Memetik Sinar Harian, Zizie tiba sekitar jam 9.30 pagi bersama empat anak mereka sebelum ke ruang tamu dimana jenazah arwah suaminya ditempatkan.
BACA: Zizie Izette Puji Shaheizy Sam Sanggup Tambah Berat Badan Demi Jayakan Watak
Sebaik saja melangkah masuk ke kediaman berkenaan, Zizie memeluk madunya, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin.
Bung Moktar dilapor menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, selepas dimasukkan ke hospital kerana kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru.
Sumber: Sinar Harian




