Hangat diperkatakan di media sosial mengenai trend ’S Line’ yang diinspirasikan daripada sebuah drama Korea Selatan yang kini menjadi ikutan ramai netizen.
Tidak ketinggalan, pelakon Zoey Rahman turut melakukan trend tersebut dengan memuat naik gambar memaparkan dirinya tidak mengenakan baju dengan lukisan garisan merah di atas kepala.
BACA: Ustazah Asma’ Menggigil Tengok Anak Muda Muslim Ikut Trend ’S-Line’

Garisan merah yang dilukis diatas kepalanya itu dilihat terlalu banyak dan tidak dapat dikira dengan jari sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Diruangan komen rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen serta ada yang tampil menegur tindakan Zoey itu seolah sengaja membuka aib.
Difahamkan, trend tersebut diinspirasikan daripada drama Korea Selatan dimana garis merah yang muncul di atas kepala seseorang itu kononnya menunjukkan dengan siapa dia pernah berhubungan intim.
