Zoey Rahman Disihir Sehingga Menjadi Pemarah Dan Kemurungan | Oh! Media
Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman membuat pengakuan bahawa dirinya disihir walaupun nampak sihat dari segi fizikal.
Saya sebenarnya malas nak fikir, tapi saya percaya dengan benda ini. Macam inilah, saya serahkan kepada Allah selain berusaha mengubat diri saya supaya kembali pulih.
Saya bukan seorang pemarah tapi pekerja saya mula tegur yang saya seolah-olah jadi pemarah. Padahal saya rasa tindakan saya itu biasa saja.
Selain itu, Zoey juga mengatakan beliau mengalami kemurungan teruk hingga terpaksa pergi ke gym untuk memastikan mental berada dalam keadaan sihat.
Tapi tak apa, saya maafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada rasa tak senang dengan cara saya. Biarlah Allah sahaja yang membalas.
Ohmedia doakan Zoey sihat daripada apa-apa jenis penyakit. Anggap ini ujian yang Allah hendak berikan kepada Zoey. Pasti ada hikmahnya.