Kemunculan semula Zul Ariffin menerusi drama terbaharunya berjudul, Bisik Asmara bergandingan bersama pelakon, Uqasha Senrose kembali mencuri perhatian apabila sepotong video tular memaparkan keakraban mereka.
Gandingan mantap dua pelakon hebat ini amat dinantikan peminat apatah lagi kedua-duanya diberi peranan membawakan watak romantik.

Drama Bisik Asmara memperlihatkan Zul (Farhan) seorang suami yang pada awalnya setia, naif dan penuh rasa tanggungjawab terhadap isterinya, Sophia Albarakbah (Sheila).
Namun, kehidupan yang kelihatan tenang itu mula diuji dengan kehadiran Uqasha Senrose (Noreen), yang muncul bagaikan bisikan halus di celah ketenteraman.
Digambarkan sebagai wanita yang bijak mengambil peluang, Noreen tahu bila untuk mendekat dan bila untuk menghimpit, menjadikan setiap pertemuan mereka penuh dengan ketegangan yang sukar dielakkan.
Episod 6 malam ini menjadi antara detik paling merisaukan apabila baju Noreen ‘kantoi’ ditemui di dalam beg pakaian kotor Farhan. Penemuan tersebut bukan sahaja mencetuskan kecurigaan, malah membuka ruang kepada persoalan yang semakin sukar disangkal.
Dalam masa sama, Noreen mula dibakar rasa cemburu terhadap Sheila kerana percaya dirinya lebih memahami Farhan dan merasakan kedudukannya mengatasi wanita yang bergelar isteri. Farhan pula pandai menyusun kata-kata dan pujukan manis yang kononnya untuk meredakan keadaan akhirnya berpotensi menjadi senjata makan diri.

Malah, episod keenam malam ini dijangka mencetuskan emosi apabila baju milik Noreen ‘kantoi’ ditemui di dalam beg pakaian kotor Farhan.
Penemuan itu bukan sahaja menimbulkan kecurigaan, malah membuka ruang kepada persoalan yang semakin sukar dinafikan.
Dalam masa sama, rasa cemburu mula menguasai Noreen terhadap Sheila apabila dia percaya dirinya lebih memahami Farhan, malah merasakan kedudukannya mengatasi wanita yang bergelar isteri.
Farhan pula dilihat bijak menyusun kata dek kerana pujukan manis yang kononnya untuk meredakan keadaan berpotensi bertukar menjadi senjata yang makan diri.
Persoalannya, siapakah sebenarnya yang bersalah? Farhan yang terlalu melayan atau Noreen yang licik memasang jerat emosi?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Bisik Asmara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.
Penonton juga boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran televisyen menerusi laman web atau aplikasi rasmi.



